Bila aku cakap pasal bisnes

•October 12, 2008 • 24 Comments

Sori lama tak update ini blog..

Sebok kemas bilik.. memasak.. alahai macam anak dara pulak rasanya.. Aww!

Seminggu tak update blog ni sebab aku menumpukan kepada website kitorang yang ntah pape tu.. tapi alhamdulillah dah siap dan korang juga boleh tengok kat sini.. Hantar la komen pape yang patut.. yang tak patut jangan letak lak..hee.. tu la first assingnment yang kitorang kena siapkan untuk semester ni.. harap-harap takde pape masalah la dengan website tu..

Ni la masalah aku bila di utp nih.. Dapat kos IT tapi still kena ambil subjek bisnes management.. macam pe je.. Aku tak pernah suspek untuk ambil bidang bisnes. Tak pernah langsung terlintas dalam otak fikiran aku yang agak tak geliga nih. Apatah lagi berangan nak jadi bisnesmen yang berjaya. Mungkin bukan jiwa aku. Tu la.. Aku tak dapat terima hakikat aku ni kena belajar bisnes jugak sampai sekarang.. Biar la.. Janji belajar, exam, InsyaAllah berjaya..

Kalian semua doakan beta selamat berjihad ye.. belajar adalah salah satu cabang jihad ye tak.. so tak salah kalau kita niat sebagai jihad.. yang penting hanyalah intention kita..

Trademark

•October 6, 2008 • 43 Comments

Dulu masa aku kecik-kecik..

Ada satu trademark kat hujung lengan baju aku..

Hampir setiap baju ada..

Hujung dia akan jadi keras sikit..

Apasal?

Sebab..

Sebab..

Masa kecik dulu aku banyak hingus..

Hahaha..

Buat pengetahuan semua..

Aku dulu mase kecik tak suka buang masa..

So bila ada hingus meleleh,

tanpa buang masa aku terus lap pakai hujung lengan baju aku..

Bila dah kering, tu yang jadi keras tu..

Tapi itu dulu ye..

Sekarang lain..

Korang ada trademark tak?
Aku ada..hehe

**gamba tu xde kena mengena ye..tu aku culik dekat flickr je.nampak macam berhingus je budak tu.. lol

Alkesah.. taiiib..

•October 5, 2008 • 19 Comments

Alkesah…. Taiiib.. Tersebutla kesah seorang pemuda dibulan Ramadhan tadi.. Taiiib.. Dia telah ditipu oleh rakannya idup-idup.. Taiib.. Ape dia ingat seronok ke buat kerja tahi kat orang lain ni.. Taiiib.. Jangan ingat orang lain pun tak boleh buat tahi kat orang lain macam dia.. Taiiib.. Aku pun boleh buat tahi jugak la.. Taiib.. Dah la malas aku nak berpuitis.. Taiiib.. Korang pikir la sendiri.. Taiiib.. Hentikanla taiiib ni.. Taiiib..

*pengajaran: jangan buat tahi kat orang lain.. Taiib..

Esok aku nak balik ke universiti aku balik.. Malas yang amat! Tapi dah assignment dan tutorial yang masih banyak tertangguh ku paksakan jugak. Kalau tak memang tak buat la sampai bila-bila.. Kepada bloggers yang lain hati-hati dijalan raya.. Ingat lah aku yang tersayang.. hehe.. ok chow beteh..

Selamat Hari Raya!

•September 30, 2008 • 34 Comments

Di hari yang mulia ni aku nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua.. Maaf zahir dan batin. Ni ada satu kad raya untuk korang. Iklas dan jujur aku katakan aku cilok je kad ni dari flickr.. Sape punye tuan aku pun tak tahu..hahah.. credit to flickr!. BTW, Happy Eid Fitr!

**raya ni jemput datang rumah aku beraya

**duit raya untuk yang muda lagi je..yang dah tua tu jangan duk gatal tangan nak duit raya..

UPDATE!!

Baru-baru ni aku telah diberi tugasan oleh Kelab Medtech untuk membuat satu kad raya dengan design sendirik(sebab aku dah masuk kelab tu)huhu.. So ni lah hasilnya.. Amikla aku bg khas tuk korang.. tak la cantik sangat simple je aku rasa.. ok tu jela yang nak bgtau.. chow beteh!

Bermain tag dengan diarisenja.

•September 22, 2008 • 26 Comments

Sudah lama cik diari senja ni tag aku.. tapi aku je yang malas nak buat..xpe2 cik diarisenja tu memang nak kena.. kalau saya dapat tag lagi orang first akan saya tag ialah diarisenja balik..kira macam counter etek jugak la..haha..

Ni adalah tag dia.. tag ini amat panjang.. abaikan kalau malas baca.. lagipun aku dah buat tag sebelum ni.. Aku cuba menjawab tag ini sepantas leopard di gurun sahara..

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Makanan

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Beli kad raya untuk korang..guna duit scholar lak tu..huh

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Kat rumah je..

4. Berapa lamu anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Hubungan apa nih?

5. Adakah anda di lamun cinta?
Aku just suka orang tp xkan nak bgtahu..malu la ;p (itu adalah lumrah ye)

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Makan di restoran dekat village2.. makan beger spesel(raju belanja) Continue reading ‘Bermain tag dengan diarisenja.’

Astro oasis

•September 19, 2008 • 22 Comments

Esok adalah hari yang agak sibuk bagi aku..kelas media medtech esok dari pukul 8 pagi sampai 9 malam(straight tanpa henti)..test ICIS aku pukul 9 sampai pukul 10.30..test caklempong aku pukul 12 tengah hari..huh!alamat aku sampai malam la tak dapat mandi..ok lupakan cerita itu..saya budak skema lagi hingusan..mengikut saja peraturan tanpa banyak tanya..adakah bagus begitu?

Well..ni aku nak maklumkan ada satu pertandingan ini..namanya mencipta nama kereta proton baru yang bakal keluar tak lama lagi..aku jumpa di blog si hanep tu..tq bro..korang memag patut try masuk..tapi make sure yang korang ni berumur lebih daripada 18 tahun..so Farah Amira tak bole masuk la ye..kpd yang lain masuk jangan tak masuk!!! sape tak nak dapat kereta keranda freee oi..lupa lak..peraduan ni untuk warganegara malaysia je,so mamat zimbabwe ngan nepal jangan nak gatal tangan nak masuk pulak..tak pasal2 menteri kewangan bom korang ngan c4 nanti..

ni link tuk masuk peraduan tu..

http://www.namakanprotonmpv.com

Ni antara cadangan yang aku boleh bagi sebagai ilham untuk korang..nanti bila dah menang hadiah jangan lupa share ngan aku..

Proton kenit, kangkung, sambal, proton vista(pergh nama gempak je)..proton google..proton firefox..proton ramadhan(sempena bulan ramadhan ni)..proton iktikaf di 10 malam terakhir ramadhan..

Pesanan: saya mengucapkan selamat hari raya kepada bonda dan ayahanda di Malaysia..maafkanla anakanda jika tak dapat beraya bersama..anakanda akan cuba balik secepat mungkin dan merasa rendang dan ketupat di kampung sana..sudah lama rasanya anakanda tak melantak makanan ayah dan bonda..nanti la..salam perantauan semua..

Keyword utama ke blog korang?

•September 16, 2008 • 18 Comments

Hari ni aku nak menaip ala-ala seorang sekretari yang ayu. Selepas bangun subuh aku solat dan terus bukak laptop ni, aku belek satu-persatu blogroll aku..wanna be a silent reader(seperti yg kak diya ckp tuh). Memang bes jadi silent readers.. tak perlu untuk tinggalkan komen dan sebagainya.. tak kisah la.. secara purata juga blog aku ni penuh dengan silent reader jugak.. hampir 90% agaknya.. (pandai je aku wat ujikaji)

actually aku tak tahu pe nak tulis..just nak bgtahu aku sangat la sibuk dengan assignment dan test yg sedang berjalan nih.. drama lagi.. caklempong lagi.. presentation lagi.. aduhai.. tunggu lah lepas raya ke.. baru aktif balik kut..

Just satu soalan je yg aku nak tanya..(kepada pengguna wordpress). Soalannya berbunyi begini..

Apekah keyword utama yang menjana trafik ke blog korang?

wah..gaya macam soklan cepu emas je..saja nak tanya.. macam di blog aku ni of course ‘download’ dah jadi keyword utama..tapi baru-baru ni dah bertukar jadi ‘kad raya’ pulak..haha pape jela.. yang aku tahu penggunaan keyword yang baik adalah salah satu cara untuk meningkatkan site traffic ke blog korang. Selalunya freekeyword adalah cara untuk aku tahu keyword yang sesuai pada setiap entri, agar blog anda senang dikunjungi..ini adalah salah satu kelebihan encik wordpress ini yang susah nak dapat pada blog developer yang lain(ada statistik n benda-benda alah yg lain)..kepada pengguna-pengguna blogspot dan konco-konconya, tukar la ke wordpress sekarang.. si zeff dah buat.. korang bila lagi?

kad raya =)

•September 12, 2008 • 23 Comments

Mohamad Mahsyar Bin Mohamed Said

38, Parit Haji Manan,

34350, Kuala Kurau,

Perak Nombor Satu.

Sengaja aku letak nama dan alamat aku kat tempat yang paling atas sekali. Kerana mungkin ada diantara kalian yang akan bermurah hati menghantar kad raya kepada aku.

Korang nak kad raya tak? We make a deal ok? korang hantar kat aku, aku hantar kat korang balik..haha..