Aku dah berpindah! :)

•November 15, 2008 • 1 Comment

Salam semua.
Aku hari ini mengisytiharkan bahawa blog ini sudah tidak diupdate lagi.
Kerana tuannya telah berpindah ke blog baru.
http://blog.kusu.cc
Jumpa kat sana ye!
Anyway, korang yang link aku..mintak tolong tukarkan link aku dengan segera ye..hehe..tq semua =)

Fast Update (second last entry)

•November 15, 2008 • 9 Comments

Assalamualaikum..
ini merupakan entri ke 2 terakhir bagi aku disini.
Selepas ni aku akan berpindah.
Pindah kemana?
Pindah ke ‘rumah’ yang baru.
yang lebih selesa dari sini. hehe
Buat masa sekarang ni aku nak bercuti dulu.
Tunggu yea ^_^
Nanti aku bagi alamat terbaru blog aku.
Chow!

Aku dan Datuk Shah Rukh Khan amat lapar~

•November 8, 2008 • 35 Comments

Berikut merupakan senarai makanan yg aku sanggup gemok kerananya..bagi aku la..tak tahu la korang..

1- Char Koey Tiaw(ke char koey teaw?)
Aku nak berpuisi jap.. Ni puisi aku.. Tersebutlah kisah.. Di sebuah tempat bernama Parit Buntar.. Maka dengan seri segalanya terdapat satu kedai char koey tiaw yang amat ajaib.. (aku rasa aku dah bagi tahu korang).. Makan disana.. walau sepinggan tak cukup.. Udangnye yang rangup dan masih suci itu.. membuatkan aku terliur.. telur, kuey tiaw dan rempah yg fresh adalah kemestian dalam membuat resepi yg amat sedap ini.. ape aku cakap ni??wahaha.. biar jela.. yg penting ni adalah salah satu peveret aku..

2- Roti Canai berkari ajaib dan penebar roti berteknik supersonik

Ini makanan hanya boleh didapati di Jalan Seri Siakap berhampiran dengan Petronas di Simpang Tiga dekat rumah aku. Dari jalan Parit Buntar ke Penang anda akan berjumpa dengan sebuah selekoh yg amat nakal lagi berselekoh tajam. Masuk dekat situ dan anda akan jumpa dengan satu kedai ni..kedai roti canai dibawah pokok ceri dan bersebelahan dengan rumah Tam yakni ketua tukang kebun Sekolah Rendah Seri Siakap. roti canainya sangat lazat sehingga ramai pelajar yg makan roti canainya boleh termimpi2 akan kelazatan roti canai itu sehingga menjilat siku rakan sebelah. tidak terkecuali ada yg migrain dan berhenti sekolah semata2 utk bekerja di kedai itu utk mendapatkan roti canai percuma dan sedap!!.. harganya 8 tahun lepas adalah sekeping Rm0.30. harga sekarang tah la.. Aku dah lama tak datang kedai tu..

4- Kari dekat kafe USM tu..
Kari ini adalah senjata rahsia kafe tersebut.. Aku rasa la.. Hari-hari kari.. Hari-hari kari.. Kari-kari hari.. Hari-kari hari.. Naik jemu aku makan kari je kat kafe USM tu.. Makcik kafe usm.. tukar la juadah lain pulak.. haish..

3- Masakan yang aku sendiri masak.. Tiba-tiba jadi sedap..
Ini adalah fakta.. kadang-kadang aku masak.. secara otometik jadi sedap.. masak mee goreng dulu aku buat jadi sedap.. masak sambal ikan bilis dulu pun sama jugak.. mereka semua memuji kehebatan dan ketampanan aku ketika aku memasak.. haa.. tu aku tipu.. masak nasi sedap.. masak air sedap.. wahaha.. bijak mcm sang kancil pulak aku ni..

Ini adalah antara menda-menda yang aku sanggup gemok kerananya.. korang ada ke? wahaha.. walaupun aku kurus tp aku agak kuat makan.. tu lumrah aku agaknya..

**post ini hanyalah semata-mata untuk menggalakkan korang belanja aku makan.. Ape lagi korang tunggu? Aku lapar..

Malaysia’s Next Top Models

•November 2, 2008 • 65 Comments

Special credit to KawanSekamera and ZeFF (Diorang sangat kool!)

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sengaja aku beratkan blog aku ni dengan gamba2 ni..

Agak2 bila kitorang bole jadi Malaysia’s Next Top Model?muahaha..

Anak buah aku..

•October 29, 2008 • 23 Comments

Ada sape kat sini yang beraya deepavali bersama-sama para indu di luar sana? Kalau ada maka sila la kongsi maruku dan laddu dengan aku.. haha.. hukum beraya agama orang lain adalah haram ye.. so jangan beraya.. tapi kalau makanan dia selagi halal kita boleh sebat je.. makan sampai gemok..

Ni just nak tambahkan entri.. update new things here.. tengok baru-baru ni kat blog whykimi? ngan cik manisah tu menunjuk dengan anak-anak mereka..haha.. ni aku nak tunjuk pulak anak buah aku..

Ni aku bagi biodatanya..

Nama: Fatihah Hanur

Status: Single and available

Kelebihan: Pandai memasak, mengemas rumah dan lipat kain, tidak mengabaikan tanggungjawab selaku isteri solehah(bakal), amat tembam, tidak suka membuang masa seperti melepak di tepi shopping mall, tidak berani keluar rumah tanpa kebenaran suami, amat hardworking, dan sebagainya.. Nak full resume dia nanti aku emelkan ke korang nye mel..

Pss..dia ni agak demand dalam memilih calon suami.. so sape yang nak sila isi borang dulu.. calon yang layak akn ditemuduga dahulu.. yang tak layak korang memang tak layak.. cuba lagi nanti.. chow beteh!

Gudbye ICIS Lab!

•October 23, 2008 • 47 Comments

Semalam kitorang dah habiskan satu kelas yang dinamakan ICIS lab.. Kelas mengenai komputer dan aplikasi.. Test dia baru je habis semalam dan sekarang no more ICIS lab!.. Haha.. Rabu aku semakin free tanpa kelas(tinggal 1 kelas je).. Gudbye!

Special credit to Adib(KawanSekamera) for taking this photo with his great DSLR Camera

Life of Iran’s President

•October 22, 2008 • 15 Comments

Antara orang yang paling aku respek sekali ialah Presiden Iran ni.. Sape nama dia? Haa.. ni nak kasi tau kepada yang belum tahu.. Rasanya semua orang dah tahu kut.. Mahmoud Ahmadinejad.. Nak tahu ciri-ciri dan kepimpinan beliau ni tengok gambar dekat bawah ni pun sudah cukup.. Kool & zuhud..hee

Kalau masa dulu time sekolah rendah aku selalu nampak muka dia nih tapi aku tak berapa kenal sangat.. Tapi yang aku tahu dia selalu jadi mangsa negara-negara yahudi yang nak menentang Islam itu.. Muka amat kool, tapi sape tahu dia digeruni di seluruh dunia..kan?

Aku selalu terpikir kenapa pemimpin negara ni tak ikut contoh dia ni..

Continue reading ‘Life of Iran’s President’

Pasca Ramadhan;apa yang kau lakukan?

•October 16, 2008 • 24 Comments

Suam raya masih lagi terasa bagi aku disini.. Lagu-lagu raya dalam winamp aku pun tak terdelete lagi..masih lagi berputar dengan sendirinya.. Biar la.. Cara penulisan aku nampak semakin matang ye tak?

Melihat kembali kepada pasca ramadhan yang kita lalui ni aku rasa banyak perubahan yang berlaku.. Mungkin juga korang.. Shadap la yang kata aku ni poyo.. haha.. Satu soalan yang terlintas di fikiran aku ialah berjayakah Ramadhan mendidik aku? Agak susah soalan tu tuk dijawab ye kan.. Dari sudut logiknya sebulan tarbiah sudah cukup untuk bekalan 11 bulan yang mendatang.. Tapi yang menjadi penghalang adanya kembali syaiton yang dilaknat tu.. Juga hawa nafsu diri kita yang lemah ni.. Senang bebenor terikut budaya si laknatullah tu.. Tuhan bantulah aku istiqamah dalam setiap amalan ku..

Ok stop cerita tu..

Ni aku nak promot pulak:

Kepada sesiapa yang nak hosting dengan domain sendiri boleh la kontek aku.. RM65 dengan domain sekali.. murah bukan?hehe.. Aku khaskan menda nih kepada pelajar-pelajar UTP sahaja kerana aku susah nak berurusan dengan orang luar.. Aku hanya sekadar membantu ok? Kontek aku jika berminat..

ZeFF: Sekarang ni dia sedang leka dan alpa menjual barang-barang di websitenye.. Korang g tengok website dia nih.. tapi masih baru lagi dan aku sokong usaha suci lagi murni dia nih.. Sekarang ni boleh panggil dia toke kontek lens la ye..hehe ombak-ombak!